Tuesday, June 9, 2015

Ahli Syurga Firdaus

1. Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman;
2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solat;
3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya dengan menunaikan zakat;
5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya;
6. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela;
7. Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
8. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
9. Dan mereka yang tetap memelihara solat;
10. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewaris;
11. Yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka akan kekal di dalamnya.

(Al-Mu'minuun)